Tuesday, March 9, 2010

Perjanjian

aku janji dengan korang nak bagi tips kan...harap2 korang bersabar la,,.aku tengah mengkumpul website sebanyak yang mungkin untuk korang senang nak refer untuk ada kan majlis....
so harap korang bersabar la yeeee......
aku banyak lagi benda nak buat dengan blog nie....tapi tunggu2 la ye...heheheh

Wednesday, March 3, 2010

KE TALI GANTUNG


Entry nie agak keras dan memerlukan kekuatan apabila membace nya....harap korang bersabar ye dengan penerang tentang ke tali gantung...dan ambil lah iktibar dari cnie....
perghhhh aku dah gerun dah nie.....



Diceritakan oleh Mr. Samuel...
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut.
Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel
mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),'
kata Samuel.Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.'
Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yangsalam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher.
Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jamdibiar tergantung.'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya.
Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah
.'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskanbahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
sangat mengerun kan aku bila bace artikal nie...huhuhuuh
so buat korang selamat membace ok...

TIP persiapan BERTUNANG

macam la aku nie pandai sangat kan...tapi x pe ar aku nak bagi tau juga aku nak share juga ilmu yang aku ada untuk korang yang bakal bertunang atau dah bertunang dandah nak kawin....


dan yang penting yang tengah membuat persiapan....



so tunggu entry itu akan menyusul nanti ok....

Alhamdullilah AKU GEMOK...!!!!

ye aku bersyukur sangat aku adalah gemok...walau pun berat aku 50kg je.....


sebelum aku dapat pic nie...aku nak diet la...nak lansing kan perot aku la....itu la ini la.....


so bila aku tgk pic nie aku dah jadi insaf n aku memang bersyukur sangat-sangat aku gemok...hehehhehehe...aku bukan nak perli sape-sape tapi cuba korang tengok nie...konpom korang bersyukur sangat-sangat ok...hehhehehheheh


selamat menjamu mata...



see kan aku dah kata kurus melidi cam nie...perghhhh langsung x de hati nak tengaok pompuan cam nie walau pun aku adalah seorang pompuan...hahhahah












aku rase kalau ada angin puting beliung mau nya pompuan nie akan melayang cam sekeping kertas...takot sungguh aku nengoknya.,,,,













so pas tengok pic nie ape yang korang rase nak gemok atau kurus...hehehehehhe...korang pk la sendiri k...



tunggu d next entry ada cita yang lebih menghairah kn....heheheh









ANUAR ZAIN KINI MILIK KU...

YE MEMANG BETUL ANUAR ZAIN ADALAH MILIK KU....nape korang x nak percaye ke?????hehehhehe
memang korang seharusnya tidak mempercayainya pun....hahhahahah..tajok bukan main havoc....
ok untuk permulaan entry sebelum entry yang dahsyat...aku letak la muka jejaka idaman malaya nie ehsan dr atok mengoogle aku nie,,,



aku nie bukan apa saja la cuma nak berangan jadi cindelela ...anuar zain nie kira price charming aku ar..pastu naik kuda g tepi pantai perghhhh nikmat nya idop aku....hehehhe
bagi aku la kan kalau la anuar zain nie nyanyi lagi sesucinya cintamu kat depan mata aku....sambil dalam mood yang romantik sambil pegang munga perghhhhhhhhhh aku sumpah aku akan pengsan....


pas tu kalau di gojet2 depan aku sambil nyanyi lagu kau bunga cinta ku...tujohpuloh lima kali aku pengsan bangun pengsan bangun...heeheheheh
korang plak cam mana...????sape artis yang korang rase leh pengsan kalau dia nyanyi and gojet depan korang????
aku nie x da la fanatik sangat...cuma kalau la kan kalau je k....hheheheheh
harap-harap x da orang marah la yeeee....

berhabuk...

pergghhhhh dah bersawang gila blog aku sekarang nie....bukan ape korang aku membuzy sgt2....
macam-macam aku kena buat yang tu la yang nie la...hehehe,..
x pe mood memblog kini sudah kembali..thanks utk orang yang tanya nape lama x update blog nie...hheheheh
so tunggu entry yang panas2 dari aku k....
aku ku update dengan segera dan secepat yang mungkin...

Wednesday, February 3, 2010

LEPAK-LEPAK

selalu nya kat mana korang lepak malam-malam??? leh share tak???aku nak share la dengan korang...aku nie jarang la sangat kuar malam kalau kuar pun kadang-kadang je....


so tempat yang aku selalu lepak and ambik angin kat gurney....so kat cnie sape yang penah g gurney sure tau cam mana keadaan kat sana....





so kat gurney nie angin kat cnie perghhhh terase kesejukan sampai ketulang k....korang bayang kan di tengah bandar raya yang sibuk tapi ada pantai yang nyaman dan indah...korang kena g sini dan rasei nya sendiri...





aku sangat la santai ok duduk kat cnie duduk atas batu sambil ngadap gelagat orang n boleh juga ngadap laut yang luas terbentang...



pemandangan kat cnie memang tiptop la korang leh nampak segala gala nya...hehehhe

tengtok pic bulan yang penuh yang aku ambik sangat cantik ok....

ditambah plak dengan angin yang kuat pemandangan yang cantik perghhh sangat nikmat ok duduk kat cnie..

sekarang korang bagi tau aku cantik tak tempat nie???

cuba tengok pemandangan kat belakang nie...indah kan...




so korang yang belum lagi datang ke penang sila dan jemput la datang dan nikmati sendiri keindahan nya....heheheh dah macam duta cuti-cuti malaysia je aku nie...hehehe






PART 2 ( HARD ROCK HOTEL PENANG )



kan aku dah janji dengan korang akan ada part 2 so nie la aku nak cita lagi ckit je lagi...korang jangan isau dah tak de part 3 kang boring plak...so aku akan bagi tau caption demi caption ok...





nie plak pic aku dihadapan hotel hard rock nie...dia punya tempat minum best dan korang akan rase santai sangat-sangat..sebenarnya banyak benda yang menarik tapi aku lupa nak snap sebab leka dan teruja dengan keselesaan hard rock nie...heheheh





nie plak aku berdiri atas jambatan kot ntah la aku pun tak tau nak panggil ape benda nie...tapi dibawah jambatan nie ada kolam dan jambatan nie menghubungkan terus ke pantai...dan yang kotak-kotak tu pulak bilik hotel...


ni la pantai yang menghubungkan tersu dari hotel ke pantai..memang best sangat suasana nya...kalo korang boring nak berendam g tepi pantai,kalau boring juga leh naik keta yang kaler merah yang nampak sipi-sipi je tu tak pun naik kuda dan macam-macam lagi la...








so itu sahaja entry part 2 aku sangat la simple tapi manpat dengan segala macam ....


so korang yang dari negeri atau negara lain...jangan lupa k kalau nak mai penang mesti kena datang hotel nie...antara hotel yang terbaik di penang....



hehehhe dah macam duta hard rock plak aku nie....hehehehe aku bagi info tanpa diminta atau dibayar ok...hehehehe



so jangan lupa mai la melancong ke penang....







HARD ROCK HOTEL PENANG

ok kali nie aku nak cadangan kan kat korang kalau nak datang bercuti kat penang ,korang try hotel hard rock nie...bagi aku tempat nie menarik dan best...yang paling penting sangat-sangat la nyaman tempat nie....


sori la ek pic yang aku letak nie semua tak ikot turutan....so aku juz bagi tau caption demi caption je k...bila aku dah pandai cara nak upload dengan tertib then ok la...

so pic nie adalah pemandangan dari luar hard rock hotel...time nie aku duduk memang mengadap pantai...best je rase angin sepoi-sepoi bahasa je..


nie plak akusnap pic bilik...korang tengok la macam mana bilik nie...perghhhh sangat bagus dan baiik untuk honeymoon k....korang buka je pintu bilik terus boleh terjun....korang nak mandi kolam nie tengah-tengah malam buta pun boleh...sangat romantik k....aku sukeeeee sangat tapi aku rase bilik nie sure harga mahal punya...


nie plak pemandangan dari bilik yang aku bagi tau tu yang depan kolam...so kalau korang rase malam-malam tak berendam dalam kolam korang leh terus turun kepantai...tak de pagar k...korang boleh terus direct ke pantai...sangat best ok....n sangat-sangat la cantik...
korang tengok pemandangan dari belakang...cantik tak...???

kan aku sudah bilang pic aku nie tak mengikut turutan....
nie plak kat depan hotel hard rock...memang gempaq la tenmpat nie....best sunyi dan teratur semua... semua staff hotel nie pakai ala-ala rock gitu....

aku sebenarnya nak tunjuk anak orang arab yang nomey nie....heheheh saje je snap pic cam nie.... nomey tak???

yang nie plak kat area lobby hotel hard rock nie...semua nya dorang letak pakaian-pakaian artis rock dunia kot,....ntah la aku pun bukannya kenal sangat...tapi memang best la hotel nie lain dari yang lain....


korang nampak tak pemandangan dari jauh bilik tu....kolam kat situ sangat la besar ok...dari hujung sana sampai la ke hujung sinun...ehhehe macam la korang nampak kan...tapi tak pe la korang g tengok website ...baru korang tau bertapa best nya hotel nie...

dan aku sangat-sangat la teruja tengok lampu nie...time aku dok kat lampu nie kaler x cun sangat,.,pas aku blah tukar kaler yang cun plak...tapi tak pe la....ada juga pertanda aku g hard rock hotel kan...tak de la aku dok pompang kosong...hehehhe

nie plak kat depan tempat parking keta....ada gitar besar kat situ...pasti kat depan ckit dorang ada buat patung michael jackson kaler putih...aku ada juga snap pic...tapi jab lagi la aku koret-koret pic kat pc aku nie...
aku malas la nak buat part by part tapi disebab kan banyak lagi pic tentang hard rock hotel yang aku tak menjajakan dicnie lagi so nanti aku hupdate kan lagi dan lagi tentang hotel nie....

















BATU FERINGGI....

ye di mula kan dengan gambar aku...hehehhe cik punya blog harus la ada gambar kan....
ok cita nie agak lama juga la...tapi aku tetap nak stori mori juga....
yeeee aku g batu feringgi untuk menikmati keindahan pantai dan merasai ketenangan jiwa heheheh....
ketenangan la sangat kan...
selalunya orang g pantai untuk tenang kan pikiran...tapi aku tak rase pun leh tenang kan fikiran...maybe aku tak penah la rase stress yang terlampau kan....
tapi bila aku tengok je laut yang luas aku rase seram semacam plak...
korang rase tak cam tu?????
aku nak jalan di tepi pantai pun aku pikir banyak kali bukan apa aku takut la kan tsunami datang...dah la tempat aku g nie tempat kejadian tsunami...perghhhh seram tu...tapi orang tetap ramai....
ye la kita mana nak tau benda tu akan terjadi bila kan...tapi memang aku gerun la nak dok main-main air atau pun pasir kat tepi pantai nie....
so disebab kan aku tak dok kat tepi pantai aku dok la jauh ckit dari tepi pantai sambil tengok anak mat salleh ni naik kuda ....
macam best je aku tengok...tapi aku kesian juga kat kuda tu sampai kat bawah perot di tu luka sebab terlampau menahan bebanan orang...huhuuh

macam-macam yang ada kat batu feringgi nie...
korang boleh naik segala macam benda
yang ada kat cni...tapi aku tak try satu pun....
dorang nie buat meniaga cekik darah tol la...punya la mahal nak naik benda alah nie...
dorang tak pikir ke kalau dorang bagi sewa murah lebih ramai lagi pelancong akan naik...perghhhh yang nie perlu diusulkan dalam web 1 malaysia nie...heheheheh


aku tak tau la benda alah nie di panggil apa...tapi memang gayat la aku dengan benda nie...hehehe
mau nya tak gayat dorang bawa ko terbang tinggi ok....
boleh luruh jantong aku dok kat dalam laut tu...hehehhe
tapi aku tak naik pun
nanti korang datang penang cuba korang naik benda alah nie...walau pun aku tak pernah naik tapi aku rase mesti best bagi mereka yang berani mati punya laaaaaaaaaaaaa....heheheh
so sekian saja cerita mengarut ku ini....janji aku update kan....ok la dari tak de langsung...hehehhe
haaa lagi satu walau pun aku kata ini cerita ngarot tapi aku memang g ok....hehhehe
so tunggu next entry aku yang lebih banyak pic dan aku telah mengexplore satu hotel nie....\
nanti aku bagi tau k...












semangat..!!!!

rasukan dah mula menguasai diri ku....
so aku bagi hint2 la kat korang ape yang akan ku update kan nanti....cakap azam tahun baru nak jadi blogger the best kan...so harus la aku mengagah kan diri nie walau pun tak segagah mana pun...so tunggu k ape yang aku nak pompang kat korang nanti...
walau pun aku tau maybe tak de orang tunggu pun...tapi aku tak kira ar aku nak cita juga....
hehehehhe so tunggguuuuuu okkkk.....perghhhh ayat macam la aku nie blogger terkenal ...heheh

Wednesday, January 27, 2010

RASUKKAN

lama gila ok aku dah tak update blog...bukan apa aku sangatttttt la bz yang teramat...mana lagi nak keje nak tido nak makan....pergghhhh sangat-sangat pek ok masa aku....
so now dah ada rasukan dari roh-roh yang rajin so jab lagi aku akan update banyak-banyak cita untuk korang bace n tonton kan.....
walau pun banyak cita yang dah basi dan masam tapi aku nak jaja juga kat cnie....

Monday, January 11, 2010

AMARAN ENTRY BOSAN

hari...huuuurrrmmmmm...ape yang korang boleh tafsir kan tentang hari...???
bagi hari aku sangat la biasa dan tak best,...
aku balik keje dok umah,,,,tak pun aku ada meeting...memang memboringkan life aku ok...
setiap kali bangun tido aku akan pk ape yang akan terjadi pada hari aku hari nie...
kadang-kadang aku rase nak tidooooo je sepanjang ari...sebab aku memang tak ada aktiviti yang aku nak buat...perghhhh sangat memboringkan ok life aku,,,
kadang-kadang aku rase aku nak sesuatu yang boleh memenuhi hari-hari aku,,,,aku memang dah dapat sesuatu tu....tapi sesuatu tu amat jauh dengan aku...huuuurmmmmm
aku pun tak tau la apa yang aku dok merepek kan nie.....
so selamat membace dengan boring nya ok....
sebenar nya ada banyak benda yang aku nak update tapi tu la...huuuurrrmmmmm

Friday, January 8, 2010

MISTERI BULAN MENGAMBANG

kenapa ek orang kata bulan mengambang ni mesti ada kaitan dengan hantu....dan aku ada dengar juga ar orang kata bulan mengambang nie orang gila akan jadi lebih gila...ye ke????


sape-sape leh tolong sahih kan fakta nie tak???


sebenarnya aku bukan nak cita sal bulan mengambang tapi saje la kan...time aku lepak kat gurney pastu nampak plak bulan nie...so aku terpikir la juga kan...


so jangan lupa korang kasi pendapat ok...



dimalam bulan yang tengah mengambang nie dan aku pun mengambang semacam je dalam gambar nie kan...heheh


best tau kalau lepak tepi pandai malam-malam...tambah plak kena angin yang cejuk n besttttt...





tak da ape yang nak di coret kan sangat pun ....cuma aku nak tanya and tau ar cita korang tentang bulan mengambang nie...

mana la tau lain negeri lain daerah cita lain-lain kan...


so selamat bermisteri semua.....





MAKAN ATAS DAUN PISANG...

korang pernah try masakan betul-betul india punya????

bagi aku masak kan india nie best tu memang ar best...cuma rempah dorang tu terlalu banyak...


baru-baru nie aku ada lunch kat PASSION OF KERALA..tempat tu best la juga...makan pun best la juga....

dan yang paling best makan atas daun pisang...


perghhh jenuh la tuan empunya kedai tu ari-ari nak kena cari daun pisang tu..hehe


aku cuma ambik yang small je smua...2 pun banyak dan x abis ok...ye ar yang makan pun 2 orang je kan....


unik kan cara hidangan dorang,,,,

memula dorang hidang kan nasi dengan 7 jenis sayuran...haaa yang macam korang tengok kat atas tu la...


aku tak makan sayur so aku tak ambik la....



menu yang aku ambik untuk ari tu....ayam masala,sotong goreng ape ntah nama dia,sayur goreng tepung pun aku tak tau nama apa,,,


aku ambik 3 jenis lauk n dapat macam-macam lauk...

dapat 7 jenis lauk sayuran,dapat papadom,hehe


unutk minuman plak aku order maggo lassi...perghhhh memang terbaik ar manggo lassi kat cnie...

kalau korang datang kat kedai makanan india nie korang wajib minta segala benda alah minuman india...apa barang order coke kat kedai nie...


nak merasa juga la ada kat bombaykan..heheheh





tengok la muka puas dan kekenyangan yang teramat sangat,,,yer ar mau tak nya kenyang semua nya aku sumbat ....bawa orang pun dia x leh nak abios kan...so sape yang jadi mangsa....perot aku la juga kan..hehhe

so total untuk semua yang aku makan nie

RM35.00++ je...murah kan....


so selamat menjamu mata.....


WAJIB BACE!!!!!!!!

aku tak tau nak cerita kan macam mana lagi tentang pic yang aku ambik time nak balik dari sambutan tahun baru...


bagi aku keakraban dorang sangat la menyayat hati ini..dan dalam masa yang sama aku terpikir juga berapa % sangat la orang tua akan buat cam dorang..


mase muda mudi bercinta bagai nak rak,kentut pun wangi,pegang tagan tak nak lepas...bila dah ada anak 4 5 orang bini jalan depan laki jalan belakang,,,


tapi aku tengok pasangan nie memang aku respek dah terharu sangat-sangat,,,,

korang cuba tengok pic kat bawah nie...



betul tak ape yang aku cakap walau pun di usia emas dorang masih berpimpingan tangan ...sambutan tahun baru bukan saja bagi golongan muda yang keluar untuk enjoy tapi tengok la dorang nie...sangat-sanagt sweeetttt,,,



aku tak pasti parking keta kat mana,,,,sebab lepas tu aku dah g tempat parking keta aku,.



tapi aku tengok dia pegang tangan isteri dia tak lepas plak tu....pakkkkcikkkk i lap u la....



ya allah semoga tuhan panjang kan umur dorang dan semoga dimurah kan rezeki...amin.....