Tuesday, March 9, 2010

Perjanjian

aku janji dengan korang nak bagi tips kan...harap2 korang bersabar la,,.aku tengah mengkumpul website sebanyak yang mungkin untuk korang senang nak refer untuk ada kan majlis....
so harap korang bersabar la yeeee......
aku banyak lagi benda nak buat dengan blog nie....tapi tunggu2 la ye...heheheh

Wednesday, March 3, 2010

KE TALI GANTUNG


Entry nie agak keras dan memerlukan kekuatan apabila membace nya....harap korang bersabar ye dengan penerang tentang ke tali gantung...dan ambil lah iktibar dari cnie....
perghhhh aku dah gerun dah nie.....



Diceritakan oleh Mr. Samuel...
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut.
Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel
mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),'
kata Samuel.Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.'
Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yangsalam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher.
Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jamdibiar tergantung.'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya.
Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah
.'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskanbahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
sangat mengerun kan aku bila bace artikal nie...huhuhuuh
so buat korang selamat membace ok...

TIP persiapan BERTUNANG

macam la aku nie pandai sangat kan...tapi x pe ar aku nak bagi tau juga aku nak share juga ilmu yang aku ada untuk korang yang bakal bertunang atau dah bertunang dandah nak kawin....


dan yang penting yang tengah membuat persiapan....



so tunggu entry itu akan menyusul nanti ok....

Alhamdullilah AKU GEMOK...!!!!

ye aku bersyukur sangat aku adalah gemok...walau pun berat aku 50kg je.....


sebelum aku dapat pic nie...aku nak diet la...nak lansing kan perot aku la....itu la ini la.....


so bila aku tgk pic nie aku dah jadi insaf n aku memang bersyukur sangat-sangat aku gemok...hehehhehehe...aku bukan nak perli sape-sape tapi cuba korang tengok nie...konpom korang bersyukur sangat-sangat ok...hehhehehheheh


selamat menjamu mata...



see kan aku dah kata kurus melidi cam nie...perghhhh langsung x de hati nak tengaok pompuan cam nie walau pun aku adalah seorang pompuan...hahhahah












aku rase kalau ada angin puting beliung mau nya pompuan nie akan melayang cam sekeping kertas...takot sungguh aku nengoknya.,,,,













so pas tengok pic nie ape yang korang rase nak gemok atau kurus...hehehehehhe...korang pk la sendiri k...



tunggu d next entry ada cita yang lebih menghairah kn....heheheh









ANUAR ZAIN KINI MILIK KU...

YE MEMANG BETUL ANUAR ZAIN ADALAH MILIK KU....nape korang x nak percaye ke?????hehehhehe
memang korang seharusnya tidak mempercayainya pun....hahhahahah..tajok bukan main havoc....
ok untuk permulaan entry sebelum entry yang dahsyat...aku letak la muka jejaka idaman malaya nie ehsan dr atok mengoogle aku nie,,,



aku nie bukan apa saja la cuma nak berangan jadi cindelela ...anuar zain nie kira price charming aku ar..pastu naik kuda g tepi pantai perghhhh nikmat nya idop aku....hehehhe
bagi aku la kan kalau la anuar zain nie nyanyi lagi sesucinya cintamu kat depan mata aku....sambil dalam mood yang romantik sambil pegang munga perghhhhhhhhhh aku sumpah aku akan pengsan....


pas tu kalau di gojet2 depan aku sambil nyanyi lagu kau bunga cinta ku...tujohpuloh lima kali aku pengsan bangun pengsan bangun...heeheheheh
korang plak cam mana...????sape artis yang korang rase leh pengsan kalau dia nyanyi and gojet depan korang????
aku nie x da la fanatik sangat...cuma kalau la kan kalau je k....hheheheheh
harap-harap x da orang marah la yeeee....

berhabuk...

pergghhhhh dah bersawang gila blog aku sekarang nie....bukan ape korang aku membuzy sgt2....
macam-macam aku kena buat yang tu la yang nie la...hehehe,..
x pe mood memblog kini sudah kembali..thanks utk orang yang tanya nape lama x update blog nie...hheheheh
so tunggu entry yang panas2 dari aku k....
aku ku update dengan segera dan secepat yang mungkin...

Wednesday, February 3, 2010

LEPAK-LEPAK

selalu nya kat mana korang lepak malam-malam??? leh share tak???aku nak share la dengan korang...aku nie jarang la sangat kuar malam kalau kuar pun kadang-kadang je....


so tempat yang aku selalu lepak and ambik angin kat gurney....so kat cnie sape yang penah g gurney sure tau cam mana keadaan kat sana....





so kat gurney nie angin kat cnie perghhhh terase kesejukan sampai ketulang k....korang bayang kan di tengah bandar raya yang sibuk tapi ada pantai yang nyaman dan indah...korang kena g sini dan rasei nya sendiri...





aku sangat la santai ok duduk kat cnie duduk atas batu sambil ngadap gelagat orang n boleh juga ngadap laut yang luas terbentang...



pemandangan kat cnie memang tiptop la korang leh nampak segala gala nya...hehehhe

tengtok pic bulan yang penuh yang aku ambik sangat cantik ok....

ditambah plak dengan angin yang kuat pemandangan yang cantik perghhh sangat nikmat ok duduk kat cnie..

sekarang korang bagi tau aku cantik tak tempat nie???

cuba tengok pemandangan kat belakang nie...indah kan...




so korang yang belum lagi datang ke penang sila dan jemput la datang dan nikmati sendiri keindahan nya....heheheh dah macam duta cuti-cuti malaysia je aku nie...hehehe